Monday 12 October 2015

Filled Under:

MISTERI KEHILANGAN ANITA SARAWAK BERTAHUN-TAHUN AKHIRNYA TERJAWAB....!!!!


KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan penghibur ters0h0r, Anita Sarawak selama hampir tiga tahun sejak 2012 akhirnya terjawab semalam apabila dia dikhabarkan berada dalam keadaan sihat dan kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Adik Anita yang juga pelak0n, N00rkumalasari M0hamed Taib (gambar kecil), 59, mendedahkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Seksis dan Tragedi Buah Epal itu mengambil keputusan untuk menyepi dan meninggalkan Malaysia kerana nekad bersara daripada dunia hiburan.
Malah, N00rkumalasari berkata, Anita yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-63 pada Rabu lalu juga menafikan perceraiannya dengan Mahathir Abdullah seperti yang digembar-gemburkan 0leh pelbagai pihak sebelum ini.

Perkahwinan Anita dengan Mahathir sudah mencecah 14 tahun selepas bernikah sejak 2001.
“Saya ada menghubungi Anita dua bulan lalu dan bertanya tentang kesahihan berita perceraiannya dengan Mahathir.

“Anita berkata, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah kerana beliau kini masih bahagia bersama suaminya di Las Vegas.

“Dia juga sudah pencen dan tidak akan menyanyi lagi,” katanya ketika dihubungi K0sm0! yang berusaha menjejaki penyanyi itu sejak seminggu lalu.

N00rkumalasari yang sebelum ini mengunci mulut daripada berk0ngsi kisah mengenai Anita turut memberitahu, Anita tidak merancang untuk pulang ke tanah air dalam masa terdekat kerana selesa tinggal di Las Vegas sambil menguruskan perniagaan bersama Mahathir.

SUMBER : BERITAMALAYSIAKINI





0 comments:

Post a Comment