Wednesday 14 October 2015

Filled Under:

ALLAHUAKBAR..!!! Inilah Sebab Kenapa Kanak-Kanak Tidak Di Benarkan Duduk Di Tempat Duduk Hadapan...Al-Fatihah...


MALANG tidak berbau. Se0rang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat tercampak selepas beg udara kereta yang dipandu abangnya yang berusia 17 tahun mengembung setelah terlanggar b0ngg0l di rumahnya Bandar Utama, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Nur Khyra Amira Azman, 8 tahun dan dua abangnya yang berusia 12 dan 17 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pergi membeli barang di Bandar Puteri Jaya.

Bercerita mengenai kejadian, abang mangsa yang dikenali sebagai Al0ng berkata, Khyra berada di tempat duduk hadapan di sebelahnya sambil menyandarkan muka di papan pemuka yang menempatkan ruang beg udara , manakala se0rang lagi adik lelakinya duduk di belakang.

Menurut Al0ng, ketika terlanggar b0ngg0l di tengah jalan, dia terus menekan brek hingga menyebabkan beg udara tempat duduk hadapan kereta secara tiba-tiba mengembung dan mengena adik perempuannya.

“Sebaik kereta berhenti, saya terkejut apabila Khyra tiada di tempat duduknya. Saya keluar dari kereta untuk mencarinya kerana menyangka Khyra tercampak keluar, tetapi menemuinya terper0s0k di ruang bawah tempat duduk belakang pemandu.

“Dalam keadaan panik, saya memanggil Khyra beberapa kali, namun adik tidak menyahut. Saya mengangkatnya keluar sebelum dua lelaki datang membantu dan menghantarnya ke rumah dengan menaiki m0t0sikal,” katanya.

Berikutan itu, mangsa kemudian dikejarkan ke H0spital Sultan Abdul Halim (HSAH) namun telah disahkan meninggal dunia

SUMBER ; MYNEWSHUB





0 comments:

Post a Comment