Tuesday 13 October 2015

Filled Under:

SUBHANALLAH...GILA BETUL...!!!! Lepas Beranak...Buang Dekat Tepi Jalan Dan LArikan Diri...????


GILA. Itu yang dilakukan 0leh se0rang wanita berusia 20-an yang melahirkan anaknya di celah semak di tepi jalan, sebelum meninggalkan bayi berkenaan dan melarikan diri dengan menaiki skuter bersama se0rang lelaki.

Bayi berkenaan bagaimanapun meninggal dunia dalam kejadian yang disifatkan 0leh penduduk di China sebagai satu perbuatan jenayah yang tidak berperikemanusiaan.

Menurut saksi, dia melihat wanita itu memb0ngkok di tepi jalan. Dia menyangka wanita itu sakit namun apabila dihampiri wanita itu tidak memakai seluar dalam dan kepala bayi kelihatan di antara kakinya.

Selepas beranak, dia membalut bayi berkenaan dengan kain putih. Saksi berkenaan mendakwa wanita itu mahu membuang bayinya dalam parit namun berubah fikiran dan meninggalkannya di tepi semak.

Dia kemudian melarikan diri dengan se0rang lelaki yang menunggu di atas skuter.

Saksi tersebut kemudian menghubungi p0lis dan apabila mereka tiba, bayi itu sudah meninggal dunia.

Bayi itu dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan, iaitu dalam usia antara lima dan enam bulan. Namun tidak diketahui sama ada ia masih hidup ketika dilahirkan.

P0lis kini sedang menyiasat kejadian berkenaan.

SUMBER : MYNEWSHUB






0 comments:

Post a Comment