Wednesday 14 October 2015

Filled Under:

GEMPAR...!!!! Syarikat Royce Pharma Di Arah Tarik Balik Sirap Paracetamol Kerana Mempunyai Alkohol...????


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan mengarahkan syarikat R0yce Pharma Sdn Bhd menarik balik sirap Paracetam0l 120mg/5ml di pasaran kerana didapati mengandungi alk0h0l. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A Rahman, berkata kementerian telah mengarahkan syarikat itu memanggil balik semua pr0duk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit. 

Kementerian itu dalam surat tawaran sudah menetapkan spesifikasi bahawa pr0duk itu tidak sepatutnya mengandungi alk0h0l, dan syarikat itu dalam membuat tawaran ubat itu kepada kementerian itu telah tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan pr0duk mereka mengenai kandungan alk0h0l, katanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau berkata, kerana syarikat itu tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan pr0duk mengenai wujudnya alk0h0l dalam ubat itu, maka pihak kementerian telah menerima tawaran syarikat itu untuk membekalkan pr0duk itu. 

"Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati pr0duk paracetam0l itu mengandungi alk0h0l tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan," katanya. Bagaimanapun, Eisah berkata pr0duk itu telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), dan didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan. "0rang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alk0h0l dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan dilap0rkan," katanya. Beliau juga menyarankan pengguna supaya sentiasa menyemak maklumat label dan sisip bungkusan pr0duk dan memilih pr0duk yang sesuai yang diperlukan. "Pengguna boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM menerusi talian telefon 1800886772 atau emel npcc@moh.gov.my untuk keterangan mengenai ubat-ubatan," katanya. - BERNAMA

SUMBER : BERITA HARIAN







0 comments:

Post a Comment