Wednesday 14 October 2015

Filled Under:

ALLAHUAKBAR...AL-FATIHAH..!!!! Remaja OKU, Muhammad Firdaus Yang Di Dera Oleh Ibunya Meninggal Dunia...???


SEREMBAN: Muhammad Firdaus Dullah, 16, remaja 0rang Kurang Upaya (0KU) yang dijumpai dalam keadaan menyedihkan pada tahun lalu meninggal dunia di H0spital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, tengah hari tadi. Dia yang tinggal di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di sini, diserang sawan ketika makan tengah hari menyebabkannya dihantar ke HTJ. 

Pengarah HTJ, Dr Ariffin M0hamad, berkata Firdaus menerima rawatan kecemasan, tetapi disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.15 tengah hari dan bedah siasat akan dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembanguna Wanita dan Keluarga negeri, Datuk N0rhayati 0mar, berkata setakat ini tempat Allahyarham dikebumikan belum dipastikan lagi, manakala kerajaan negeri akan menanggung k0s pengebumian. 

Pada 21 Jun tahun lalu, Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan ketika 0perasi Jabatan Imigresen negeri yang memburu pendatang tanpa izin di kawasan rumah pangsa Taman Semarak, Nilai. Dia ditemui dalam sebuah rumah dalam keadaan kurus kering, k0t0r dan hanya memakai baju T yang k0yak dan reput serta berlumuran najis. Firdaus kemudian dirawat di HTJ dan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ibunya, L0lan0pita Sadi, 40, pula dihukum penjara empat bulan mulai N0vember tahun lalu kerana mengabaikan dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban.




SUMBER : BERITA HARIAN





0 comments:

Post a Comment